Ramai antara pelajar yang mengatakan bahawa Matematik itu susah. Kenapa? Mungkin sebab anda tidak pernah mendapat A dalam setiap kali ujian atau peperiksaan. Jadi jika nak senang dapat A, kena berbaik-baik lah dengan Matematik, jangan berjauh hati dengannya...........TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
Berikut ada beberapa langkah/tips yang boleh anda ikuti untuk menguasai subjek Matematik dengan mudah.
1.
Jangan gunakan kalkulator semasa membuat latihan Matematik.
Dengan menggunakan kalkulator menyebabkan anda tidak dapat mengingati sifir dengan baik, kurang cekap mengira , mendarab, membahagi nombor2, malah tidak tahu meletak titik perpuluhan apabila operasi Matematik tersebut menggunakan nombor2 perpuluhan.
Anda boleh menggunakan kalkulator untuk menyemak jawapan anda. Walaubagaimana pun kemahiran menggunakan kalkulator juga perlu untk menjawab soalan Matematik kertas 1 semasa peperiksaan.
2.
Selalu bertanyakan kawan, guru atau sesiapa sahaja yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah dalam pembelajaran Matematik.
3.
Jangan bertangguh apabila anda tidak faham kaedah penyelesaian atau operasinya. Usahakan berkali-kali tanpa jemu sehingga anda dapat memahaminya. Kalau tidak anda akan lebih tertekan apabila guru anda mula beralih kepada topik yang lain, dan masalah dalam pembelajaran Matematik menjadi semakin banyak untuk diseselaikan.
4.
Memahami Konsep Matematik. Apabila pelajar dapat memahami konsep dengan jelas semua penyelesaian Matematik menjadi mudah. Rujuk kepada guru anda bagaimana hendak memahami konsep pada setiap topik yang anda pelajari.
5.
"Workout" sekurang-kurangnya 20 hingga 30 soalan sehari mana-mana soalan / topik yang anda kenalpasti yang menjadi masalah kepada anda selama ini. Jika anda berjaya menjawab lebih daripada 3/4 atau betul sekurang-kurangnya 8 daripada 10 daripada soalan-soalan tersebut, anda berjaya. Kalau tak, anda seharusnya mengulangi semula latihan tersebut sehingga berjaya. Cuba dan cuba lagi.
6.
Jangan "give-up". Berputus asa akan menjadikan pembelajaran Matematik anda semakin teruk prestasinya. Matematik adalah satu subjek yang menarik tapi mencabar. Hanya orang yang sanggup menempuh cabaran sahaja yang akan berjaya.
7.
Ulangkaji berterusan. Ualngkaji secara berterusan akan membantu anda mengingati formula, menemukan anda dengan kepelbagaian kaedah dan akan merangsang minat anda untuk belajar Matematik.
8.
Mengajar orang lain. Apabila anda memahami sesuatu operasi penyelesaian Matematik, walau semudah mana pun, cuba ajarkannya kepada orng lain. Dengan mengajar kepada orang lain akan menambah ingatan anda dan meningkatkan kemahiran dalam Matematik.
9.
Matematik menajamkan minda. Apabila anda mengulangkaji sesuatu pelajaran dan rasa mengantuk, kembali kepada latihan Matematik untuk seketika, dan teruskan semula belajar matapelajaran tersebut. Latihan Matematik boleh menajamkan minda anda, jadi selang selikan ulangkaji anda dengan jadual belajar yang efektif. Setiap orang mempunyai gaya belajar dan pelbagai kecerdasan.
10.
Yakin, anda bijak Matematik! Apabila anda mengamalkan tip-tips di atas, insyaAllah kemahiran anda dalam Matematik akan bertambah. Ini akan membuatkan anda semakin yakin kerana prestasi Matematik anda didapati meningkat dari semasa kesemasa. Yakin lah, anda boleh!
"PRACTICE MAKES PERFECT"